Produk penjagaan kulit wajah Dr. G


     Semasa membeli-belah di Jusco awal tahun tempoh hari, sepasang kaki ini secara tidak sengaja melangkah masuk ke kedai health & beauty SaSa. Secara kebetulan saya memang sedang mencari-cari set penjagaan kulit yang boleh memberikan kelembapan kepada kulit wajah saya kerana pekerjaan saya yang memerlukan saya duduk di pejabat selama 8 jam sehari di dalam aircond membuatkan kulit wajah saya menjadi sangat kering.  Setelah berbincang dengan beauty consultant kedai tersebut, beliau menyarankan agar saya menggunakan set produk penjagaan kulit Instant Brightening Pack memandangkan kulit muka saya yang kering dan kusam.
Set ini dilengkapi dengan:

1. Hydra Intensive Foam Cleanser (150ml)
2. Brightening Peeling Gel (120ml)
3. Cream Full of Water (50ml)
4. Super Aquasis Gel Cream (18ml)
5. Eye Treatment Cream (3ml)





     Disebabkan produk ini dicipta di korea, sudah pastinya produk ini lebih dekat dengan kulit wajah orang asia. Mengapa saya berkata begitu? Ia kerana setiap kajian dan pengujian yang dilakukan untuk menghasilkan produk ini sudah tentu dilakukan berasaskan kulit wajah orang asia. Ini membuatkan saya tidak teragak-agak untuk mencuba set penjagaan kulit ini. Buat pembaca sekalian, di bawah terdapat sedikit review yang saya ambil dari website sasa.com berkenaan dengan produk Dr. G.

      Produk penjagaan kulit Dr. G dibangunkan oleh Dr Gun Yong Ahn yang merupakan pengasas Gowoonsesang iaitu kumpulan perubatan penjagaan kulit ke-2 terbesar di dunia. Beliau mempunyai pengalaman klinikal lebih 20 tahun ke atas pemulihan kulit. Dr Gun Yong Ahn mencipta produk penjagaan kulit Dr.G setelah mendapat permintaan daripada pesakit kulit yang menginginkan penjagaan harian kulit wajah selepas mendapatkan rawatan dermatologi. Produk-produk dari Dr.G ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi tidak hairanlah produk penjagaan kulit Dr. G merupakan jenama terkemuka di Korea. Di Seoul, setiap 1 daripada 8 wanita adalah pengguna produk dan perkhidmatan penjagaan kulit Dr. G. Produk Hydra Intensive Mask Dr. G pula merupakan mask kegemaran isteri Presiden Korea. Produk penjagaan kulit Dr.G juga telah dilantik oleh Syarikat Penerbangan Asiana untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kulit kepada pelanggan kelas pertama mereka.

     Sebagai pengguna, saya memberikan 3 1/2 bintang daripada 5 bintang kepada produk penjagaan kulit ini. Satu kekurangan set ini adalah ia tidak dilengkapi dengan krim pelembap malam. Untuk pengetahuan semua krim malam adalah sangat penting untuk pemulihan kulit wajah kita setelah pada waktu siangnya kulit wajah kita terdedah dengan pelbagai kekotoran dan sinaran UV. Selain itu, saya rasakan krim pelembap Cream Full of Water Dr. G ini kurang bersesuaian dengan kulit wajah saya kerana adakalanya sekitar zone T saya akan dinaiki jerawat disebabkan kawasan itu menjadi sangat berminyak setelah disapukan dengan krim pelembap tersebut. Tetapi, jangan salah faham bukan niat saya ingin mengatakan set produk ini tidak bagus. Apa yang ingin saya sampaikan adalah set produk ini kurang bersesuaian dengan kulit wajah saya dan mungkin ada set penjagaan keluaran Dr. G yang lain yang lebih sesuai dengan kulit wajah saya.

No comments:

Post a Comment